Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia
21 Julai 2010   |   Kuala Lumpur
Pencarian untuk mengiktiraf dan menghargai individu cemerlang yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada kewangan Islam global telah mendapat pengesahan Diraja.

Atas perakuan Kerajaan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah perkenan dengan cadangan bagi menggunakan perkataan ‘Diraja’ atau ‘Royal’ sebagai sebahagian nama untuk Anugerah yang telah diperkenalkan tersebut.

Pengesahan Diraja ini sudah pasti akan meningkatkan prestij Anugerah ini, yang diterajui oleh inisiatif Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC).

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia dan Pengerusi, Jawatankuasa Eksekutif MIFC dalam melahirkan rasa penghargaannya berkata, “Kami amat berbesar hati dengan pengurniaan pengiktirafan Diraja bagi Anugerah yang julung-julung kali diberikan ini. Pengurniaan ini akan memberi kami inspirasi untuk terus membangunkan kewangan Islam global.”

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan untuk menganugerahkan pengiktirafan yang berprestij ini pada satu majlis khas yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2010.

Berbeza dengan anugerah komersial yang lazimnya diasaskan kepada urus niaga, anugerah ini menekankan rekod kecemerlangan dan sumbangan unggul seseorang individu dalam kemajuan kewangan Islam global.

Satu jemaah juri antarabangsa bebas yang dipengerusikan oleh Tun Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Yayasan Forum Kewangan Islam Sedunia akan memilih individu yang layak.

Inisiatif MIFC pada hari ini mempamerkan logo Anugerah yang berbentuk lima berlian. Berlian-berlian ini melambangkan rukun Islam yang lima di samping prinsip kewangan Islam iaitu: tadbir urus yang baik, ketelusan, kesaksamaan, kepercayaan dan perkongsian risiko.

Pencalonan untuk Anugerah ini ditutup pada 15 Julai 2010 dan penerima Anugerah akan diumumkan pada 25 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut tentang Anugerah ini, sila layari www.mifc.com/award.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Bagi Pihak Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC)
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup