Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia Menerima Pencalonan Global
30 September 2010   |   Kuala Lumpur
  • 30 pencalonan
  • Pencalonan diterima dari seluruh dunia – Timur Tengah, Eropah, Asia Tenggara, Asia Selatan, Afrika dan Australia
  • Pencalonan terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam

Beberapa tokoh cemerlang kewangan Islam di dunia, kini sedang dicalonkan untuk menerima Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia. Berbeza dengan anugerah komersil lain yang berasaskan urusniaga, Anugerah Diraja ini bertumpu kepada rekod pencapaian dan sumbangan besar seseorang individu terhadap kemajuan kewangan Islam di peringkat global. 30 pencalonan ini mewakili kepelbagaian serta penerimaan global kewangan Islam dari semua benua, termasuk Timur Tengah, Eropah, Asia Tenggara, Afrika dan Australia. Tokoh-tokoh cemerlang dalam kewangan Islam global ini juga terdiri daripada calon-calon bukan Islam dari golongan lelaki dan wanita.

Pencalonan telah diterima dari pelbagai sektor dalam industri ini termasuk Syariah, akademik pengamal industri, institusi kewangan Islam, institusi penyelidikan agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Julat usia para calon adalah sekitar 40 hingga 80 tahun. Sambutan baik ini menjadikan Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia sebagai satu tanda aras dalam pengiktirafan industri kewangan Islam di peringkat global. Anugerah Diraja ini adalah satu inisiatif yang diterajui oleh Pusat Kewangan Antarabangsa Islam Malaysia (MIFC) dan disokong oleh Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Semua pencalonan akan dipertimbangkan secara teliti dan diadili oleh para juri antarabangsa bebas. Dipengerusikan oleh Tun Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (World Islamic Economic Forum (WIEF) Foundation). Tujuh anggota juri terdiri daripada individu tersohor, ahli Syariah terkenal, ahli akademik dan pengamal kewangan Islam dari Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Keputusan akan diumumkan dan penerima bakal menerima Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia yang pertama yang akan disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Anugerah Diraja tersebut akan disampaikan pada majlis Makan Malam Diraja dan Penyampaian Anugerah pada 25 Oktober 2010 di Kuala Lumpur.

Penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia akan seterusnya menjadi contoh serta inspirasi kepada pengamal-pengamal industri sebagai penyumbang kepada kemajuan antarabangsa industri. Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Diraja ini, sila layari www.mifc.com/award
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup