Anugerah Pasaran Modal SC 2002

Kuala Lumpur, 4 Julai 2002

Pelajar lepasan ijazah dan ahli fakulti institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara adalah dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Anugerah Pasaran Modal Suruhanjaya Sekuriti 2002 (SC CMA).

SC CMA, yang diperkenalkan pada tahun 1995 dan dikendalikan oleh Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), bertujuan mewujudkan kesedaran dan menggalakkan penyelidikan berkualiti mengenai pasaran modal Malaysia.

"SC CMA adalah sejajar dengan aspirasi SIDC untuk menerajui usaha penyelidikan dalam pasaran modal Malaysia, melengkapi peranannya dalam latihan dan pendidikan," kata Pengurus SIDC, Puan Teh Ija Jalil.

"Penyebaran penyelidikan tanpa hak milik akan membantu menggalakkan perkembangan pasaran modal yang kukuh, stabil dan sofistikated", kata Puan Teh.

SC CMA 2002 adalah terbuka kepada semua pelajar lepasan ijazah dan ahli fakulti institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun, penyertaan mesti dibuat melalui institusi pengajian tinggi dan setiap institusi dibenarkan untuk mengemukakan hanya satu penyertaan bagi setiap kategori lepasan ijazah dan fakulti. Pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan sebuah trofi.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Cik Marsha Beh di talian: (603)-6204 8689, faks: (603)-6201 5811 atau e-mel: [email protected]. Maklumat lanjut mengenai SC CMA 2002 boleh didapati di tapak web SC di www.sc.com.my.

Peraduan SC CMA 2001 mendapat sambutan yang menggalakkan dari institusi pengajian tempatan dan luar negara. Sebanyak empat penyertaan bagi kategori lepasan ijazah dan tiga penyertaan bawah kategori fakulti telah diterima. Walau bagaimanapun, selepas pertimbangan teliti, Jawatankuasa Penyemak CMA memutuskan bahawa tiada pemenang bagi tahun tersebut.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup