AOB diterima ke dalam Forum Antarabangsa Pengawal Selia Audit Bebas
21 September 2010   |   Kuala Lumpur
Lembaga Pemantauan Audit (AOB) telah diterima sebagai ahli Forum Antarabangsa Pengawal Selia Audit Bebas (IFIAR), menjadikan Malaysia negara kedua dari ASEAN yang diterima menjadi ahli. Keahlian tersebut diperoleh pada 13 September 2010.

Penerimaan AOB sebagai ahli IFIAR merupakan pengiktirafan AOB sebagai pengawal selia yang tersusun rapi, bebas dan setara dengan agensi daripada bidang kuasa lain. Ini juga satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha berterusan AOB bagi meningkatkan kualiti audit di Malaysia.

“Menjadi ahli IFIAR adalah penting bagi menggalakkan keyakinan pelabur dalam pasaran modal Malaysia. Keahlian itu juga kena pada masanya memandangkan AOB telah memulakan pemeriksaannya ke atas firma audit,” Pengerusi Eksekutif AOB Nik Mohd Hasyudeen berkata.

“Keahlian IFIAR membolehkan AOB terlibat dalam aktiviti global yang berkaitan dengan pemeriksaan audit dan memperoleh wawasan daripada pengalaman bidang kuasa lain termasuk pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom. AOB akan berusaha keras bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Piagam IFIAR,” tambahnya.

AOB yang ditubuhkan mengikut Akta Pindaan Suruhanjaya Sekuriti yang baru digazetkan, memantau juruaudit Entiti Kepentingan Awam (PIE), melindungi kepentingan awam dan menggalakkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan beraudit PIE. Ia memulakan operasi pada 1 April 2010 dan mempunyai kuasa statutori.

IFIAR ditubuhkan dalam tahun 2006 dengan matlamat untuk menjaga kepentingan umum dan meningkatkan perlindungan pelabur dengan memperbaiki kualiti audit global, termasuk melalui pemeriksaan bebas ke atas juruaudit dan firma audit. Semua pemohon IFIAR tertakluk kepada proses penilaian rapi dan komprehensif yang berfokus kepada kebebasan dan struktur agensi pengawal selia tersebut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup