AOB Malaysia jalin kerjasama dengan rakan sejawatan dari Jepun
4 Oktober 2012   |   Kuala Lumpur
Lembaga Pemantauan Audit Malaysia (AOB) hari ini mewujudkan kerjasama rasmi dalam pemantauan audit dengan Japan Financial Services Authority (JFSA) dan Lembaga Pemantauan Audit Akauntan Awam Bertauliah (CPAAOB).

Kerjasama tersebut dijalin melalui pertukaran surat yang diadakan pada sidang pleno Forum Antarabangsa Pengawal Selia Audit Bebas di London pada 3 Oktober 2012. Ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha AOB untuk meningkatkan kualiti audit.

"Oleh sebab pengawasan audit adalah urusan global, kualiti penyata kewangan dan audit ditentukan oleh kerja-kerja yang dijalankan dalam lebih dari satu negara,” kata Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengerusi Eksekutif AOB.

“Kerjasama ini akan memudahcarakan pengawal selia audit untuk menyelia audit rentas sempadan dalam usaha ke arah meningkatkan keteguhan pasaran sekuriti dan perlindungan pelabur di negara masing-masing,” tambah beliau.

Ini merupakan kerjasama pertama AOB dengan pengawal selia lain di luar rantau ASEAN. Kerjasama rasmi itu akan membolehkan pengawal selia audit berkongsi maklumat apabila diperlukan, berkenaan dengan sesuatu firma audit asing yang termasuk dalam bidang kuasa pengawal selia berkenaan.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup