AOB SC Gesa Juruaudit Tingkatkan Tahap Kewaspadaan dan Respons terhadap Isu-isu yang Muncul ketika Covid-19
18 Ogos 2020   |   Kuala Lumpur

Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengeluarkan Laporan Pemeriksaan Tahunan bagi tahun 2019, dan menggesa juruaudit untuk meningkatkan tahap kewaspadaan dan respons terhadap isu-isu yang muncul, terutamanya semasa pandemik Covid-19.

AOB menekankan bahawa juruaudit dan Jawatankuasa Audit perlu memberi perhatian khusus terhadap bidang-bidang tumpuan, terutamanya ketika melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai respons kepada pandemik tersebut, bagi memastikan kualiti audit yang konsisten. Bidang-bidang tersebut termasuk usaha berterusan, rosot nilai aset, peristiwa selepas akhir tahun kewangan dan audit kumpulan.

"Sebagai pengawal selia audit, AOB berpendapat bahawa penyata kewangan yang teraudit yang andal menjadi asas kepada pasaran modal yang dipercayai. Wujud keperluan yang lebih besar bagi para profesional audit agar sentiasa berwaspada dan lebih skeptikal ketika meneliti penzahiran dan maklumat yang berkaitan dengan kesan pandemik Covid-19, terutamanya apabila berkaitan dengan entiti berkepentingan awam (PIE),” menurut Pengerusi AOB, Dato’ Gumuri Hussain.

Laporan Pemeriksaan Tahunan AOB 2019 memberikan pandangan terhadap pemerhatian yang berbangkit daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh pengawal selia audit tersebut. Sebanyak 43 firma dan 337 juruaudit kini berdaftar atau diiktiraf oleh AOB. Pada 2019, AOB memeriksa enam Firma Audit Utama dan tujuh Firma Audit Lain, yang secara kolektif mengaudit 72.6% daripada jumlah (PIE).

Melalui pemeriksaannya, AOB mendapati prestasi Firma Audit Utama adalah agak konsisten sejak beberapa tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, AOB khuatir bahawa perbezaan yang ketara diperhatikan dalam kualiti audit Firma Audit Lain, di mana 50% daripada tugasan audit yang diperiksa memerlukan penambahbaikan yang signifikan.

Bagi meningkatkan lagi ketelusan, kebertanggungjawaban yang lebih kukuh dan kemampanan audit, mulai tahun 2021, AOB akan mewajibkan Pelaporan Ketelusan Tahunan oleh firma-firma yang mempunyai lebih daripada 50 pelanggan audit PIE, yang secara kolektif mengaudit pelanggan dengan permodalan pasaran melebihi RM10 bilion selama dua tahun kewangan berturut-turut. Firma-firma tersebut dikehendaki mendedahkan struktur perundangan dan tadbir urus korporat, langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan kualiti audit, dan pengukuran petunjuk bagi kualiti audit mereka.

AOB memperkenalkan inisiatif ini pada bulan Ogos 2019, tetapi menangguhkan pelaksanaannya hingga 2021, memandangkan penularan pandemik Covid-19.

AOB telah mengedarkan Laporan Pemeriksaan Tahunan 2019 kepada firma-firma audit dan syarikat awam tersenarai (PLC) untuk meningkatkan kefahaman para pengarah dan Jawatankuasa Audit mengenai pemerhatian yang berbangkit daripada pemeriksaan AOB dan untuk memudahcarakan perbincangan antara PIE dan juruaudit masing-masing, seterusnya memastikan bahawa bidang risiko khusus untuk entiti mereka ditangani dengan sebaiknya.

Laporan Tahunan AOB dan Laporan Pemeriksaan Tahunan 2019 boleh didapati di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT 
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup