AOB SC Kenakan Celaan Ke atas Juruaudit kerana Gagal Mematuhi Piawaian Antarabangsa Pengauditan
29 Januari 2019   |   Kuala Lumpur
Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan pencelaan ke atas Gary Yong Yoon Shing dan Jason Sia Sze Wan, rakan niaga Nexia SSY, dan Lye Ghee Kang, rakan niaga CAS Malaysia PLT (juruaudit) kerana gagal mematuhi Piawaian Antarabangsa Pengauditan ketika mengaudit pelanggan syarikat awam tersenarai mereka.

Juruaudit tersebut gagal untuk merangka dan melaksanakan prosedur audit bagi mendapatkan bukti audit yang mencukupi dengan sewajarnya bagi menyokong pendapat audit untuk pelanggan mereka. Bagi Gary Yong Yoon Shing dan Jason Sia Sze Wan, kesalahannya adalah berkenaan dua pelanggan audit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 dan bagi Lye Ghee Kang, ia adalah berkenaan pelanggan audit bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2017.

Pematuhan terhadap piawaian pengauditan apabila mengaudit penyata kewangan entiti kepentingan awam merupakan syarat pendaftaran bagi mereka yang berdaftar dengan AOB. Kegagalan untuk mematuhi syarat pendaftaran AOB akan menyebabkan pelanggaran seksyen 31Z Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993.

LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup