AWAS: “The Best of Fixed Income Fund” oleh Folio Asset Management Limited tidak diluluskan oleh SC

Kuala Lumpur, 16 Julai 2003

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin memberi peringatan kepada orang ramai mengenai e-mel yang mempromosikan “The Best of Fixed Income Fund” oleh Folio Asset Management Limited (FAML) sebagai satu dana yang disahkan oleh SC. E-mel tersebut juga menggunakan logo SC dan nama Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada SC.

SC ingin mengingatkan bahawa:

  • FAML tidak dilesenkan oleh SC untuk menjalankan perkhidmatan dan aktiviti pengurusan aset di Malaysia.
  • “The Best of Fixed Income Fund” yang dipromosikan oleh syarikat tersebut tidak mendapat kelulusan SC.

Semua syarikat pengurusan aset yang mengumpul dana daripada orang ramai di Malaysia mesti mendapatkan lesen yang sah daripada SC. Orang ramai hendaklah hanya melabur melalui pihak yang telah diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Orang ramai hendaklah menyemak dengan SC atau pihak berkuasa berkaitan mengenai status pelesenan syarikat tempatan dan luar negara yang mereka gunakan sebagai perantara untuk melabur. Senarai perantara berlesen termasuk syarikat pengurusan aset boleh didapati di tapak web SC di sini.

Semua dana pelaburan yang ditawarkan di Malaysia mestilah diluluskan oleh SC. Namun begitu, kelulusan SC ke atas sesuatu dana pelaburan tidak bermakna pihak SC menyarankan dana pelaburan tersebut.

Sesiapa yang telah dihubungi oleh syarikat di atas boleh menghubungi Unit Pengaduan SC di talian: 03-62048999 / faks: 03-6204 8991 / e-mel: [email protected]

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup