Bantuan Diperlukan oleh SC (28 Julai 2000)

Kuala Lumpur, 28 Julai 2000

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin menghubungi Low Mong Kheng (Kad Pengenalan: 4676750) yang juga dikenali sebagai Ringo Low, sebelum ini bekerja di Bestdeal Services Sdn Bhd, di 90B, Jalan SS21/39, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau dikehendaki bagi membantu SC dalam satu penyiasatan yang sedang dijalankan. Alamat terakhir beliau adalah Ladang Permangah, Sungai Pelek, 43850 Selangor Darul Ehsan dan alamat perniagaan berdaftar terakhir yang diketahui ialah di No. 9123, Jalan Bandar Empat, Taman Melawati, Setapak, 53100 Kuala Lumpur.

SC ingin mendapatkan kerjasama orang ramai yang mengetahui di mana (Ringo) Low Mong Kheng berada untuk menghubungi James S. Thanjong Tuan di 03-6548450 atau Mazlan Othman di 03-6548448 di SC.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup