Bantuan untuk Siasatan SC

Kuala Lumpur, 13 Disember 1999

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin menghubungi Winnie Leong Wai Nie (No. K.P. K 0068008), dahulunya bertugas di Sarawak Securities Sdn Bhd, Wisma Mahmud, Jalan Sungai Sarawak, 93100 Kuching, Sarawak, untuk mendapatkan bantuannya di dalam siasatan yang sedang dijalankan oleh SC. Alamatnya yang terakhir ialah No. 82, Green Heights, New Airport Road, 93250 Kuching, Sarawak. Pihak SC ingin memohon kerjasama orang ramai yang mengetahui di mana Winnie Leong Wai Nie berada untuk menghubungi pegawai-pegawai daripada SC, Encik Thrichelvam Rasiah di nombor telefon 603-6548447 atau Encik Shaharzad Mokhtar di nombor telefon 603-6548624.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Diterbitkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Pihak akhbar yang memerlukan bantuan bolehlah menghubungi Jabatan Hal-Ehwal Korporat di no. tel: 03-6548625 (Soh Beng Choo)/ 03-6548184 (Azmi Hariss Ibrahim) atau no. faks: 03-6515078.

Maklumat latar belakang:

Suruhanjaya Sekuriti (SC), sebuah badan berkanun yang melapor terus kepada Menteri Kewangan, diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi pengawalselia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung bagi penyeliaan dan pengawasan aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa saham dan rumah penjelasan, dan mengawalselia semua pihak yang diberikan lesen di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.

Maklumat lanjut mengenai SC juga terdapat dalam laman web SC di www.sc.com.my.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup