Bekas Ahli Perbankan Pelaburan Dijatuhi Hukuman Penjara Enam Bulan dan Didenda RM1 Juta Kerana Dagangan Orang Dalam
3 Oktober 2018   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menyabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman terhadap bekas kakitangan sebuah bank pelaburan kerana dagangan orang dalam saham PacificMas Bhd (PacificMas). Lim Bun Hwa, 42, dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan didenda sebanyak RM 1 juta selepas beliau mengaku bersalah pada hari ini terhadap lima pertuduhan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Menurut pertuduhan tersebut, Bun Hwa telah memperoleh 145,000 unit saham PacificMas ketika memiliki maklumat dalaman antara 18 dan 31 Disember 2007. Ketika itu, Bun Hwa merupakan Pengurus Kanan di Jabatan Kewangan Korporat CIMB Investment Bank Bhd (CIMB).

Maklumat dalaman tersebut yang dirujuk dalam pertuduhan adalah berkaitan dengan cadangan tawaran pengambilalihan PacificMas oleh Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC), yang telah diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 4 Januari 2008. Ketika itu, CIMB telah melantik OCBC untuk memberi khidmat nasihat mengenai cadangan pengambilalihan tersebut. Bun Hwa mengaku bersalah susulan permohonan tawaran rayuan di bawah seksyen 172C Kanun Prosedur Jenayah.

Pada 2017, Bun Hwa telah dikenakan pertuduha bersama Ewe Lay Peng yang juga seorang Pengurus Kanan di Jabatan Kewangan Korporat CIMB serta saudara lelaki Bun Hwa, Lim Boon Cheng yang berkaitan dengan aktiviti dagangan orang dalam dalam kes ini. Susulan akuan bersalah oleh Bun Hwa, pertuduhan terhadap Boon Cheng telah ditarik balik. Mahkamah telah menetapkan 11 Oktober 2018 untuk tarikh perbicaraan bagi kes yang membabitkan Ewe.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup