Bekas Akauntan Kumpulan Asia Media Group Bhd Disabit Kesalahan kerana Ingkar Notis SC untuk Bantu Siasatan dalam Pengubahan Wang Haram
14 Disember 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menyabitkan kesalahan terhadap Ong Kar Kian (Ken Ong), bekas Akauntan Kumpulan Asia Media Group Berhad, pada 10 Disember 2020 atas tiga kesalahan di bawah Seksyen 32 (3) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) kerana gagal hadir di hadapan pegawai penyiasat SC untuk membantu dalam siasatan pengubahan wang haram.

Ken Ong, 39, yang juga merupakan Akauntan Projek bagi Bright Packaging Industry Bhd, dijatuhi hukuman denda sebanyak RM25,000 dan penjara satu hari bagi setiap pertuduhan, dengan hukuman penjara yang akan dijalankan secara serentak. Selain itu, Mahkamah Sesyen juga mendapati dia bersalah kerana secara berterusan tidak mematuhi notis tersebut selama 673 hari. Oleh itu, Ken Ong juga dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500 bagi setiap hari yang membawa kepada denda keseluruhan yang berjumlah RM1,009,500.

Kes ini merupakan pendakwaan pertama yang diakukan oleh SC ke atas seseorang yang ingkar notis yang dikeluarkannya di bawah seksyen 32 (3) (a) AMLATFPUAA.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup