Sebagai wakil broker niaga hadapan AOF Futures Sdn Bhd pada masa yang berkenaan, tertuduh didakwa memalsukan borang pesanan dan buku pesanan dengan meminda butir-butir kontrak niaga hadapan yang didagangkan dan disediakan oleh AOF Futures. AOF Futures mengalami kerugian kira-kira RM200,000 hasil daripada pemalsuan tersebut. Kesalahan tersebut dilakukan antara 9 September dan 27 Oktober 1999 di premis syarikat itu di Tingkat 5, Wisma Eng Choon, 55-59 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Dakwaan tersebut membawa denda penalti tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Rozana Binti Mohd Yusoff menjatuhkan hukuman satu tahun penjara dan denda RM30,000 (atau enam bulan penjara) ke atas Sivachandran. Beliau membenarkan hukuman penjara ditangguhkan menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan ikat jaminnya daripada RM60,000 kepada RM100,000.