Bekas CEO INIX didenda RM1.1 juta kerana membenarkan kenyataan palsu dalam prospektus
13 Oktober 2011   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mensabitkan dan mendenda bekas Ketua Pegawai Eksekutif Inix Technologies Holdings Berhad (INIX) kerana membenarkan kenyataan palsu dikemukakan dalam prospektus dan penyata suku tahunan syarikat tersebut.

Jimmy Tok Soon Guan (Jimmy), 42, bekas CEO dan Pengarah Eksekutif INIX, dituduh membenarkan pemberian kenyataan palsu kepada Bursa, berhubung dengan angka hasil yang terkandung dalam empat laporan suku tahun INIX mengenai hasil disatukan belum diaudit bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Julai 2006.

Jimmy turut disabitkan kerana menerbitkan prospektus INIX yang mengandungi maklumat palsu, berkaitan dengan kadar hasil INIX, bagi tempoh enam bulan tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari 2005.

Dia mengaku bersalah terhadap kesalahan-kesalahan tersebut bawah Seksyen 122B(b)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti (SIA) 1983 dan Seksyen 55(1)(a) Akta Suruhanjaya Sekuriti (SCA) 1993 dan didenda RM400,000 (atau dua tahun penjara) bagi kesalahan bawah Seksyen 55 SCA dan denda sejumlah RM700,000 (atau penjara antara 12 hingga 18) bagi empat kesalahan bawah Seksyen 122B SIA.

Pada 29 September 2011, dua bekas Pengarah INIX, Mok Chin Fan dan Chong Kok Yai mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bagi kesalahan yang sama bawah Seksyen 122B SIA dan Seksyen 55 SCA dan didenda RM325,000 setiap seorang. Normah binti Sapar, Eksekutif Perakaunan syarikat itu mengaku bersalah bersubahat dengan Jimmy bagi kesalahan sama bawah Seksyen 122B SIA dan Seksyen 55 SCA, dan didenda RM350,000.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup