Bekas Penasihat Axis Incorporation Bhd Dihukum Penjara Enam Bulan dan Denda RM800,000

11 April 2022  |  Kuala Lumpur

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menyabitkan Lee Koon Huat, bekas Penasihat Lembaga Pengarah Axis Incorporation Bhd (Axis), kerana bersubahat dengan syarikat itu dalam mengemukakan penyata kewangan palsu dalam semua laporan suku tahun Axis bagi tahun kewangan 2007

Lee dikenakan pertuduhan pada 26 Mac 2013 dengan empat pertuduhan di bawah seksyen 122C(c) dibaca bersama seksyen 122B(a)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA). Bukti menunjukkan bahawa dia telah memberi arahan untuk meningkatkan hasil pendapatan Axis dalam laporan suku tahunannya yang tidak diaudit pada tahun 2007.

Hakim Mahkamah Sesyen KL Tuan Azman Ahmad menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM200,000 bagi setiap pertuduhan (jika gagal bayar, enam bulan penjara). Mahkamah turut memerintahkan agar hukuman penjara itu dijalankan serentak.

Pada 2013, SC juga telah mengenakan pertuduhan ke atas bekas pengarah eksekutif Axis, Lee Han Boon, Saipuddin Lim Bin Abdullah dan Koh Tee Jin, masing-masing dengan lima pertuduhan kerana mengemukakan penyata kewangan palsu berhubung hasil Axis bagi tahun kewangan 2007 dan 2008.

Kesemua Lee Han Boon, Saipuddin dan Koh mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara antara satu hari hingga 12 bulan dan masing-masing didenda RM200,000.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup