Dato’ Norhamzah bin Nordin dan Mohd Azham bin Mohd Noor, kedua-duanya 54 tahun, masing-masing merupakan bekas Pengarah Urusan Kumpulan Pengarah Eksekutif Kosmo Technology Industries Bhd (Kosmo). Mereka telah dikenakan lapan pertuduhan pada 2011 kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia berkaitan jumlah pendapatan Kosmo dalam laporan suku tahunan tidak diauditnya dari 2006 hingga 2007. Mahkamah Sesyen mendapati jumlah sebanyak RM7 juta hingga RM40 juta yang dikemukakan tersebut adalah palsu dan mengandungi angka jualan yang direka.
Helen Lim Hai Loon, 49, pengurus akaun Kosmo pada ketika itu, telah dikenakan pertuduhan kerana bersubahat dalam perlakuan kesalahan tersebut.
Norhamzah dan Mohd Azham diperintah oleh Mahkamah Sesyen setiap seorang untuk membayar sebanyak RM1.45 juta denda dan menjalani hukuman penjara selama setahun. Sementara itu, Lim telah didenda sebanyak RM560,000.00 dan diperintah untuk menjalani hukuman penjara selama setahun. Kesalahan yang dilakukan adalah di bawah seksyen 122B Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan seksyen 369 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.