Bekas Pengarah Eksekutif Dijatuhi Hukuman dan Didenda Kerana Kemuka Kenyataan Palsu Kepada Bursa
30 Ogos 2019   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari Khamis (29 Ogos 2019) menyabitkan kesalahan bekas Pengarah Eksekutif Linear Corporation Bhd (Linear) selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja memberi kebenaran bagi pengemukaan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa) pada 2009.

Alan Rajendram A / L Jeya Rajendram, bekas Pengarah Eksekutif Linear, dijatuhi hukuman tujuh bulan penjara dan denda RM100,000 selepas mengaku bersalah terhadap kesalahan tersebut di bawah seksyen 369 (b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Kenyataan palsu tersebut adalah berkaitan pengumuman yang dibuat oleh Linear pada 29 Disember 2009, yang menyatakan bahawa anak syarikat milik penuh Linear, LCI Global Sdn Bhd, telah menerima sebanyak RM1.6 bilion bagi projek pembinaan yang diberikan oleh Investment Group Global, sebuah syarikat yang diperbadankan Seychelles, untuk merekabentuk dan membina loji penyejukan daerah 350,000 RT (ton penyejukan) di Manjung, Perak, yang dikenali sebagai 'King Dome Project’.

Bukti menunjukkan bahawa Alan mengetahui bahawa kenyataan tersebut tidak benar, apabila dia memberi kebenaran bagi pengemukaan maklumat tersebut kepada Bursa.

Alan sebelum ini telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 2017, pada penghujung kes pendakwaan, tetapi pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan tersebut dan mengarahkan Alan untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut. Susulan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Alan mengaku bersalah terhadap pertuduhan di Mahkamah Sesyen kelmarin.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup