Bekas Pengarah Eksekutif Three-A Berhad Mengaku Bersalah Terhadap Dagangan Orang Dalam
24 Mac 2021  |   Kuala Lumpur

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kelmarin menyabitkan kesalahan ke atas Fang Siew Yee (Siew Yee) kerana dua kesalahan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Siew Yee telah mengaku bersalah ke atas dua pertuduhan berasingan kerana menyampaikan maklumat dalaman dan memperoleh saham ketika memiliki maklumat berkenaan. Berikutan sabitan ke atasnya, mahkamah telah menjatuhinya hukuman penjara sehari dan denda berjumlah RM5 juta bagi kedua-dua pertuduhan.
Siew Yee didapati telah menyampaikan maklumat dalaman kepada bapa saudaranya, Fong Chiew Hean pada 5 September 2009, yang kemudiannya memperoleh 891,000 unit saham 3A. Fang sendiri turut memperoleh 2,720,000 unit saham 3A melalui akaun Tan Bee Geok dan Fang Chew Ham melalui akaun pihak ketiga antara 7 September dan 5 Oktober 2009.

Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan cadangan usaha niaga kolektif antara perniagaan 3A dan Wilmar International Limited (Wilmar) yang membabitkan penempatan tertutup sebanyak 20% modal saham terbitan dan berbayar 3A kepada Wilmar. Pada ketika itu, Fang merupakan Pengarah Eksekutif 3A dan dia telah mewakili 3A dalam beberapa siri mesyuarat dan rundingan dengan Wilmar berhubung cadangan usaha niaga kolektif tersebut.

Fong Chiew Hean, Tan Bee Geok dan Fang Chew Ham yang dikenakan pertuduhan bersama Siew Yee pada 2016, sebelum ini telah mengaku bersalah. Maklumat mengenai kedua-dua kes boleh didapati di sini di laman web SC.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup