Bekas Pengarah Kumpulan Bestino Didapati Bersalah Kerana Mengedar Borang Permohonan Sekuriti Tanpa Prospektus
28 Jun 2019  |  Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini telah menyabitkan kesalahan terhadap dua bekas pengarah Bestino Group Bhd (Bestino), kerana mengedarkan borang permohonan untuk saham-saham keutamaan boleh tebus Bestino tanpa salinan prospektus yang didaftarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Chong Yuk Ming, 57, yang juga pengasas Bestino, didenda sebanyak RM600,000, atau enam bulan penjara manakala Balachandran a/l Shanmugan, 64, didenda sebanyak RM400,000, atau empat bulan penjara atas kesalahan tersebut yang dilakukan antara 3 November 2008 dan 16 Jun 2009. Di samping itu, kedua-duanya diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara selama sehari.

Sabitan tersebut adalah susulan perbicaraan penuh di mana 11 saksi telah memberi keterangan di pihak pendakwaan manakala Chong dan Balachandran memberi keterangan untuk pembelaan. Mereka dikenakan pertuduhan pada 2011.

Kesalahan tersebut, di bawah seksyen 232 (2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, membawa hukuman denda sehingga RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup