Bekas Pengarah Kumpulan Silver Bird Disabitkan Kesalahan Kerana Memberi Kenyataan Palsu

Kuala Lumpur, 3 November 2022

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada 2 November 2022, telah mensabitkan bekas pengarah Silver Bird Group Berhad (Silver Bird) bagi kesalahan membenarkan pemberian pernyataan yang palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad, yang merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 369(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Pengasas dan bekas Pengarah Urusan Kumpulan Dato’ Jackson Tan Han Kook dan bekas Pengarah Eksekutif Silver Bird Derec Ching Siew Cheong masing-masing mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan. Kedua-duanya dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM500,000 setiap seorang [jika gagal membayar denda, akan dikenakan penjara selama 50 bulan].

Kedua-dua Tan dan Ching telah dituduh pada 11 September 2013 masing-masing dengan tujuh dan lapan pertuduhan kerana memberi pernyataan palsu yang terkandung dalam keputusan kewangan suku tahunan Silver Bird yang belum diaudit untuk tempoh kewangan berakhir 31 Oktober 2010 dan 31 Oktober 2011 kepada bursa saham.

Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman tersebut setelah memberi pertimbangan terhadap kesemua pertuduhan yang lain, berikutan permohonan Tan dan Ching untuk tawaran pengakuan di bawah seksyen 172C Kanun Tatacara Jenayah.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup