Bekas Pengarah LFE Corporation Bhd Dipenjara Tiga Tahun atas Kesalahan Pecah Amanah
10 April 2018   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menyabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman ke atas bekas pengarah LFE Corporation Bhd (LFE), Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram, atas kesalahan pecah amanah berkaitan dengan dana syarikat tersebut yang berjumlah RM18.99 juta. Pertuduhan pecah amanah sebelum ini dibicarakan bersama empat lagi pertuduhan di bawah undang-undang sekuriti kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada bursa saham berkenaan perbelanjaan operasi LFE.

Hakim Mahkamah Sesyen Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Alan, 62, selepas dia mengaku bersalah pagi ini terhadap dua pertuduhan pecah amanah, menerusi permohonan rayuan di bawah seksyen 17C Kanun Tatacara Jenayah.

Pada Jun 2010, Alan dikenakan pertuduhan oleh Pendakwa Raya dengan dua pertuduhan pecah amanah di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan. Pada Mei 2012, Alan dibebaskan daripada pertuduhan pecah amanah pada penghujung kes Pendakwaan. Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan pembebasan tersebut dan memerintahkan Alan membela diri di Mahkamah Sesyen pada November 2016.

Susulan perbicaraan penuh membabitkan 35 orang saksi dari pihak pendakwaan dan tiga orang bagi pihak pembelaan, Alan memutuskan untuk mengaku bersalah sebelum keputusan kes dibuat. Dalam pengakuan salahnya, Alan mengakui menggunakan RM18.99 juta dana milik LFE yang seharusnya digunakan sebagai modal kerja subsidiari milik penuh LFE, LFE International Limited. Sebaliknya, Alan menggunakan dana tersebut untuk membiayai langganan peribadinya dalam saham LFE dan untuk membayar balik saham korporat miliknya.

Pada 23 Mac 2018, Alan telah disabit kesalahan dan dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Rayuan selama satu tahun penjara dan denda sebanyak RM1.2 juta bagi empat pertuduhan kerana membuat kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia di bawah seksyen 122B(b)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan seksyen 369 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 masing-masing dalam penyata kewangan suku tahun LFE bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Alan telah mula menjalani hukuman atas kesalahan tersebut pada Mac tahun ini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup