Bekas pengarah MEMS disabitkan kesalahan kerana pengemukaan penyata kewangan yang mengelirukan
25 Februari 2010   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mensabitkan Ooi Boon Leong dan Tan Yeow Teck kerana dengan maklum memberikan kebenaran bagi memberikan kenyataan mengelirukan oleh MEMS Technology Berhad (MEMS), sebuah syarikat yang tersenarai di pasaran MESDAQ (ketika itu), kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa).

Ooi Boon Leong, 48, pemegang saham besar dan bekas pengarah MEMS, bersama-sama Tan Yeow Teck, 48, yang pada masa itu ialah Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan syarikat itu, mengaku bersalah bawah seksyen 122B (b) (bb) Akta Perindustrian Sekuriti (SIA) 1983. Kenyataan mengelirukan itu adalah berhubung dengan laporan hasil MEMS bernilai RM73.4 juta yang terkandung dalam Ringkasan Penyata Pendapatan yang Digabungkan belum diaudit bagi tempoh 12 bulan berakhir pada 31 Julai 2007.

Kedua-dua Ooi dan Tan mengaku di mahkamah bahawa hasil kumpulan MEMS, RM73.4 juta, yang dilaporkan dalam penyata kewangan 2007 belum diaudit, mengandungi sejumlah RM30 juta nilai jualan palsu. Jualan palsu yang didakwa dibuat kepada dua syarikat multinasional dan satu syarikat asing di China menjadi kira-kira 41% hasil MEMS bagi tahun berakhir pada 31 Julai 2007.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM300,000 (atau dua tahun penjara) tiap seorang kepada tertuduh bawah seksyen 122B Akta yang sama.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum itu memohon hukuman berat dikenakan kepada tertuduh memandangkan bahawa penganalisis ekuiti telah banyak merujuk kepada penyata yang mengelirukan itu sebagai asas dalam mencadangkan “pembelian” saham-saham MEMS. Sementelahan pula, Ooi adalah pemegang saham besar yang mencari keuntungan besar daripada penyata kewangan MEMS yang mengelirukan itu. SC meminta mahkamah supaya mengenakan hukuman penjara atas dasar kepentingan awam kerana harga saham syarikat itu kemudiannya jatuh dengan banyak disebabkan berita bahawa dapatan kewangan yang diumumkan sebelum itu adalah mengelirukan.

SC akan mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara supaya satu rayuan dikemukakan terdapat keputusan Mahkamah Sesyen tersebut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup