Bekas pengarah-pengarah Multi-Code didakwa dengan CBT dan penipuan sekuriti 
13 Mac 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Pejabat Peguam Negara hari ini mendakwa Toh Chun Toh Gordon dan Datuk Abul Hasan Bin Mohamed Rashid kerana menipu Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad (Multi-Code) dan melakukan pecah amanah.

Toh, bekas Pengarah Urusan Multi-Code yang juga warga Singapura, didakwa menggunakan RM17.5 juta daripada dana syarikat tersebut dari 26 hingga 28 Mac 2007 untuk membiayai pembelian lebih 11 juta saham-saham Multi-Code oleh Ace Prelude Sdn Bhd (Ace Prelude). Abul Hasan, bekas Pengarah Eksekutif Multi-Code, didakwa bersubahat dengan Toh dalam melakukan kesalahan tersebut.

Toh didakwa bawah Seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA), dan boleh didenda tidak kurang daripada RM1 juta dan penjara bagi tempoh tidak lebih dari 10 tahun jika sabit kesalahan.

Pertuduhan alternatif bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi pecah amanah melibatkan RM26 juta juga dikenakan ke atas Toh dan Abul Hasan. Mereka boleh didenda dan dikenakan hukuman rotan jika didapati bersalah, selain menghadapi hukuman penjara bagi satu tempoh antara dua dan 20 tahun.

Toh dan Abul Hasan, masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM400,000 dan RM200,000 dengan dua orang penjamin warga Malaysia setiap seorang. Abul Hasan selanjutnya dikehendaki menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Permohonan pihak Pendakwa bagi perbicaraan bersama Toh dan Abul Hasan akan didengar pada 9 April 2009.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup