Bekas pengarah Transmile dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana penzahiran yang mengelirukan
28 Oktober 2011   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati dua bekas pengarah bebas Transmile Group Berhad bersalah bawah seksyen 122B(b)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983, kerana membenarkan kenyataan yang mengelirukan diberikan kepada Bursa Malaysia dalam laporan suku tahunan Transmile ke atas dapatan terangkum belum diaudit bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2006.

Kenyataan yang mengelirukan itu adalah berhubung dengan angka hasil belum diaudit yang dilaporkan kepada bursa saham bagi suku tahun keempat 2006 dan tempoh terhimpun bagi tahun 2006. Pengarah tersebut, Jimmy Chin Kim Feung dan Shukri Sheikh Abdul Tawab, pada masa tersebut dalam bulan Februari 2007, merupakan ahli Jawatankuasa Audit (AC) Transmile dan ahli Lembaga Pengarah Transmile. Mereka didakwa pada tahun 2007 dan minta dibicarakan. Perbicaraan bermula pada tahun 2010 dan pihak pendakwa telah memanggil 11 saksi bagi membuktikan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh. Kedua-duanya memberikan keterangan bersumpah ketika membela diri.

Dalam menjatuhkan hukuman satu tahun penjara dan denda sebanyak RM300,000 (atau enam bulan penjara), Hakim Mahkamah Sesyen, Dato’ Jagjit Singh Bant Singh berkata bahawa faktor kepentingan awam mesti diberi pertimbangan utama. Katanya, Jawatankuasa Audit merupakan bahagian penting syarikat tersebut dan sangat mustahak dalam tadbir urus syarikat.

Hakim menegaskan bahawa AC mempunyai tugas, fungsi dan tanggungjawab khusus dan para pelabur banyak bergantung kepada mereka. Katanya, dalam kes ini, bukti menunjukkan sikap tidak hirau secara terang-terangan terhadap kebimbangan serius mengenai transaksi kontra apabila AC diberitahu oleh Deloitte bahawa transaksi kontra tersebut adalah sangat luar biasa dan tidak mempunyai justifikasi komersial. Ini, katanya, merupakan amaran yang mencukupi dan sebagai ahli AC, mereka sepatutnya mengetengahkannya isu ini kepada lembaga pengarah tetapi sebaliknya gagal berbuat demikian.

Kes terhadap dua bekas pengarah Transmile Group iaitu Gan Boon Aun dan Khiudin bin Mohammed, yang merupakan pengarah eksekutif Transmile pada masa tersebut, kini tertangguh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Dakwaan yang dikenakan SC terhadap Gan dan Khiudin juga adalah berkaitan dengan kenyataan mengelirukan yang dikemukakan dalam kenyataan suku tahunan yang sama yang dikemukakan oleh Transmile kepada Bursa Malaysia pada bulan Februari 2007. Kedua-dua tertuduh, pada 22 Mac 2011, telah dipanggil membela diri selepas pihak pendakwa menutup kes mereka.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup