Bekas Pengarah Urusan Dipenjara dan Didenda kerana Dagangan Orang Dalam
23 Disember 2020   |   Kuala Lumpur

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menyabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman ke atas bekas pengarah urusan DIS Technology Holdings Bhd (DISTECH), Cheah Yew Keat atas kesalahan dagangan orang dalam. Ia merupakan kesalahan di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Hakim Mahkamah Sesyen Hasbullah Adam menjatuhi hukuman penjara satu hari dan denda sebanyak RM1 juta (atau 12 bulan penjara) ke atas Cheah, 63, setelah dia mengaku bersalah bagi satu pertuduhan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2) CMSA. Pengakuannya terhadap empat pertuduhan lain juga dipertimbangkan untuk hukuman, melalui satu permohonan bagi pengakuan bersalah (plea bargain) di bawah seksyen 172C Kanun Prosedur Jenayah.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan pertuduhan terhadap Cheah pada 10 Oktober 2019 kerana menjual sebanyak 2,884,300 unit saham DISTECH pada 1 Mac dan 4 Mac 2010, melalui akaun milik Chuah Ni, iaitu suami kepada pembantu peribadinya. Ini dilakukan ketika Cheah memiliki maklumat sensitif harga yang material, yang tidak diperolehi secara umum, iaitu dakwaan silap nyata (mis-statement) laporan kewangan suku tahun DISTECH antara suku tahun ketiga 2008 dan suku tahun keempat 2009, yang memberi impak yang signifikan terhadap keputusan kewangan DISTECH.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup