Bekas Pengarah Urusan FTEC Resources diperintah mengembalikan RM2.5 juta ke dalam dana IPO
Keputusan penting Mahkamah satu peringatan yang kena pada masanya kepada pengarah syarikat
17 November 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperoleh satu lagi kejayaan penting dalam usahanya untuk meningkatkan tadbir urus korporat di kalangan syarikat awam tersenarai. Ini berikutan keputusan Mahkamah memerintahkan Kenneth Vun @ Vun Yun Liun (Kenneth Vun), bekas pengarah urusan dan pemegang saham FTEC Resources Berhad (FRB), supaya mengembalikan dana syarikat tersebut.

Ini merupakan kali pertama seorang pengarah syarikat diperintahkan oleh mahkamah mengembalikan dana syarikat.

Dalam penghakiman yang diperoleh pada 11 November 2009 itu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Kenneth Vun mengembalikan RM2.496 juta kepada FRB, iaitu jumlah dana syarikat yang disalahgunakannya untuk kepentingan peribadi. Selain itu, dia tidak dibenarkan menguruskan dana FRB dan/atau mana-mana syarikat dalam Kumpulan Syarikat FRB sama ada secara langsung atau tidak langsung selama dua tahun selepas dia mematuhi perintah pengembalian itu, kecuali mendapat kebenaran dari SC.

FTEC Resources telah dinamakan semula dengan nama Mangotone Group Berhad.

Penghakiman tersebut menandakan kejayaan besar SC, yang telah menyaman Kenneth Vun pada 26 September 2007. Siasatan SC terhadap penggunaan hasil terbitan awam oleh FRB menunjukkan Kenneth Vun menggunakan sebahagian daripada hasil tersebut untuk kepentingan dan kegunaan peribadinya. Ini melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh SC ketika meluluskan penyenaraian FRB.

Tindakan sivil itu diambil bawah Seksyen 100 Akta Perindustrian Sekuriti 1983, yang membenarkan Mahkamah membuat perintah pengembalian selepas SC membuat permohonan tersebut, sekiranya Mahkamah mendapati seseorang itu telah melanggar peraturan yang berkenaan.

SC berpendapat bahawa penghakiman itu merupakan peringatan yang kena pada masanya kepada pengarah syarikat tersenarai bahawa mereka tidak boleh memperlakukan dana syarikat sebagai hak milik mereka sendiri dan mereka mestilah sentiasa melaksanakan kewajipan mereka dengan jujur, berintegriti dan bertanggungjawab.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup