Bekas Pengarah Urusan Granasia Corp disabitkan kesalahan kerana penyata IPO palsu
2 Mac 2010   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mensabitkan Chan Kok Suan, bekas Pengarah Urusan Managing Director of Granasia Corporation Berhad (GCB), kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebagai sebahagian daripada permohonan bagi Tawaran Awam Awal (IPO). Chan disabitkan semalan bawah seksyen 32B(4) Akta Suruhanjaya Sekuriti (SCA) dan mengenakan denda RM500,000 atau 10 bulan penjara.

Chan 45, mengaku bersalah terhadap tuduhan di bawah seksyen 32B(1)(c)(aa) dibaca bersama seksyen 138(2) SCA, sebagai pengarah syarikat itu telah memberikan maklumat palsu kepada SC dalam laporan dan Penyata Kewangan Foowood International Sdn Bhd (FISB) bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2002. Dalam cadangan kepada SC, saham-saham FISB bakal diperoleh oleh GCB sebagai sebahagian daripada pelaksanaan penyenaraian yang dicadangkan.

Penyata kewangan palsu itu adalah berhubung dengan penyataan berlebihan RM27.36 juta hasil Kumpulan FISB dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM7.4 juta.

SC meminta mahkamah supaya mengenakan hukuman berat memandangkan maklumat palsu itu telah menyebabkan SC dikelirukan sehingga meluluskan cadangan penyenaraian berdasarkan angka hasil dan keuntungan yang dinaikkan.

Walaupun penyenaraian tidak berlaku dalam kes ini, SC menegaskan bahawa Chan mengetahui tentang angka palsu itu pada masa maklumat tersebut diberikan kepada SC dan ini merupakan pelanggaran undang-undang yang serius. SC mengingatkan para pengarah yang memperakui ketepatan maklumat yang diserahkan kepada SC, bagi tujuan penyenaraian, supaya mengambil serius tanggungjawab di bawah undang-undang itu, kerana kebenaran maklumat yang diserahkan adalah amat penting dalam proses menjana dana.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup