Bekas Pengarah Urusan Pancaran Ikrab Berhad (PIB) dipenjara enam tahun, didenda RM1 juta
11 September 2015   |   Kuala Lumpur
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Haji Zanol Rashid Hussain hari ini menyabitkan kesalahan ke atas bekas pengarah urusan Pancaran Ikrab Berhad (PIB), sebuah syarikat yang sebelum ini tersenarai di bursa saham, atas kesalahan kesalahan pecah amanah berkaitan dengan dana syarikat berjumlah RM37 juta.

Dato’ Lybrand Ngu Tieng Ung, 48 tahun, telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun dan diperintahkan membayar denda sebanyak RM1 juta, atau dua tahun penjara.

NGU telah dituduh oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada Mei 2005 atas tiga pertuduhan utama yang terdiri daripada dua pertuduhan penipuan sekuriti di bawah seksyen 87A (b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan kesalahan pecah amanah di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan. Ngu turut dituduh dengan satu pertuduhan alternatif kerana pecah amanah membabitkan jumlah sebanyak RM37 juta.

Pada Oktober 2010, Ngu telah mengaku bersalah atas dua pertuduhan utama di bawah SIA dan telah dijatuhi hukuman penjara satu hari dan denda RM1 juta bagi setiap pertuduhan. Pada Ogos 2011 setelah rayuan, Mahkamah Tinggi telah mengetepikan keputusan dan hukuman tersebut, dan mengarahkan kes tersebut untuk dibicarakan semula di Mahkamah Sesyen. Perbicaraan semula terhadap Ngu bermula pada Januari 2012 dan SC telah memanggil 32 orang saksi. Pada Ogos 2013, Mahkamah Sesyen mengarahkan Ngu membela diri terhadap pertuduhan altenatif pecah amanah jenayah sebanyak RM37 juta daripada wang PIB.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup