Bekas Pengerusi Eksekutif Megan Media Dipenjara Kerana Kemuka Kenyataan Palsu
15 September 2020   |   Kuala Lumpur

Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan Mahkamah Sesyen 2017 menyabitkan kesalahan bekas Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Megan Media Holdings Berhad (Megan Media), Dato’ Dr. Hj. Mohd Adam bin Che Harun kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia pada 2007.

Hakim panel terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md. Said, Datuk Ravinthran Paramguru dan Dato ’Indera Sofian bin Tan Sri Abd. Razak sebulat suara menolak rayuan Dato ’Adam dan mengenakan semula hukuman penjara 18 bulan dan denda RM300,000.

Dato’ Adam, 76, didakwa pada 10 Disember 2007 kerana memberikan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia dalam keputusan suku tahunan Megan Media bagi tempoh kewangan berakhir 31 Januari 2007. Kenyataan palsu tersebut adalah berkaitan dengan pendapatan Megan Media yang berjumlah RM306.15 juta, di mana lebih daripada 75% daripada hasil tersebut yang berjumlah RM228 juta telah dipalsukan.
Kesalahan di bawah seksyen 122B (a) (bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) yang dibaca bersama dengan seksyen 122 (1) Akta yang sama, boleh dikenakan denda tidak lebih saripada RM3 juta atau hukuman penjara tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya.
Pada 17 Mei 2017, setelah selesai perbicaraan penuh, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM300,000 dan hukuman penjara selama 18 bulan kepada Dato’ Adam. Pada 21 Jun 2019, Mahkamah Tinggi mengesahkan sabitan dan hukuman penjara Mahkamah Sesyen, dengan mengekalkan denda RM300,000 tetapi mengurangkan hukuman penjara kepada enam bulan.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2019, Dato’ Adam telah merayu atas hukuman denda dan hukuman di Mahkamah Rayuan. SC juga telah membuat rayuan terhadap pengurangan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan hari ini tidak mempersetujui rayuan Dato’ Adam dan bersependapat dengan SC bahawa pengemukaan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia merupakan jenayah keji yang bertentangan dengan integriti pasaran sekuriti Malaysia. Mahkamah selanjutnya memberi amaran kepada individu yang memegang jawatan tinggi seperti pengarah syarikat awam tersenarai bahawa pengemukaan kenyataan palsu dalam atau berkaitan dengan penyata kewangan syarikat boleh dikenakan hukuman yang serius. Oleh itu, situasi seperti usia yang lanjut dan faktor kesihatan tidak menjamin hukuman yang ringan. 
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup