Bekas Pengurus Operasi MIH dihukum 3 tahun penjara dan didenda RM1 juta
25 Mac 2009   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menyabitkan Ashari Rahmat, 39, bawah seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 kerana melakukan tindakan yang beroperasi sebagai penipuan ke atas UPA Corporation Berhad.

Sebagai Pengurus Operasi Malaysian Issuing House (MIH) pada masa tersebut, Ashari menyertai skim penipuan yang menukarkan permohonan yang berjaya bagi saham-saham UPA Corporation Berhad dengan permohonan yang tidak dimasukkan ke dalam proses pengundian. Kesalahan itu dilakukan antara 15 dan 16 Februari 1997.

Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Rosenani Abdul Rahman, menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan denda RM1 juta (atau 12 bulan penjara) ke atas Ashari. Beliau juga bersetuju supaya hukuman itu ditangguhkan sementara Ashari mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi, dan menetapkan 16 April 2009 sebagai tarikh sebutan untuk menetapkan ikat jamin.

Selain Ashari Rahmat, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mendakwa tiga individu lain yang menyertai skim penipuan tersebut. Safiruri Idham mengaku bersalah sebelum perbicaraan dijalankan dan dijatuhi hukuman 30 bulan penjara. Dia telah pun menjalani hukuman tersebut.

Dua tertuduh lain, Lee Han Kiong dan Tan Tiam Lay, mengaku bersalah ketika perbicaraan sedang berjalan, terhadap tuduhan bawah Seksyen 417 Kanun Jenayah. Hukuman 20 bulan penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen telah ditukar kepada denda sebanyak RM30,000 oleh Mahkamah Tinggi.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup