Bekas Perunding Unit Amanah Dihukum Penjara Enam Bulan dan Denda RM4 juta Kerana Penipuan Sekuriti
13 Jun 2020   |   Kuala Lumpur

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menyabitkan kesalahan ke atas Afkariah Md Norani atas empat pertuduhan di bawah seksyen 179 (b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 kerana menipu empat individu dan menjatuhinya hukuman penjara selama enam bulan dan denda sejumlah RM4 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail memerintahkan hukuman penjara bagi empat pertuduhan tersebut berjalan secara serentak. Afkariah juga akan menjalani hukuman penjara selama empat bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berjumlah RM4 juta.

Afkariah, 49, yang dikenakan pertuduhan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 13 Februari 2020 mengaku bersalah menipu empat individu dengan jumlah sebanyak RM50,000. Mangsa diperdaya untuk melabur dalam skim pelaburan yang kononnya dijamin oleh RHB Investment Bank Bhd (RHBIBB) dan menjanjikan pembayaran dividen bulanan sebanyak 2% hingga 3%. Skim pelaburan itu tidak pernah wujud dan wang yang dibayar oleh pelabur tersebut sebenarnya dimasukkan ke dalam akaun dagangan saham Afkariah di RHBIBB dan digunakan untuk transaksi saham peribadinya.

Orang ramai diingatkan agar berwaspada terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi yang luar biasa. Sekiranya skim tersebut mendakwa bahawa ia adalah berkaitan dengan pengantara berlesen, pelabur disarankan agar mengesahkan kesahihan skim tersebut dengan pengantara berlesen berkenaan atau dengan SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup