Bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif Dihukum Penjara Lima Tahun dan Didenda RM9 Juta Kerana Dagangan Orang Dalam
11 September 2019   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM9 juta terhadap bekas timbalan pengerusi eksekutif sebuah syarikat awam tersenarai atas kesalahan dagangan orang dalam, selepas perbicaraan penuh yang melibatkan 24 saksi dari pihak pendakwa dan pembela.

Dato' Ramesh a/l Rajaratnam, 55, bekas timbalan pengerusi eksekutif Malaysian Merchant Marine Bhd (MMM), didapati menjual sebanyak 10,200,800 saham MMM ketika memiliki maklumat material bukan awam yang berkaitan dengan cadangan pengurangan penarafan kredit oleh Malaysia Rating Corporation Bhd (MARC) bagi Sekuriti Hutang Islam Al-Bai Bithaman Ajil, yang telah diumumkan kepada orang awam oleh MARC pada 4 Februari 2010.

Ramesh juga didapati memiliki maklumat material bukan awam yang berkaitan dengan klasifikasi MMM sebagai syarikat PN17. Pelupusan saham MMM telah dibuat pada 11 Januari 2010, 19 Februari 2010 dan 22 Februari 2010.

Dagangan orang dalam merupakan kesalahan di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.

Hakim Tuan Azman Ahmad menyabitkan kesalahan Ramesh atas semua pertuduhan pada pagi ini tetapi telah membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu rayuan daripada Ramesh. Hakim bagaimanapun memerintahkan denda sebanyak RM9 juta dibayar pada hari ini, atau sekiranya gagal, Ramesh akan dikenakan hukuman penjara selama sembilan tahun.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup