Bincang Petang SIDC meninjau peranan Tokyo dalam pewujudan pasaran bon serantau

Kuala Lumpur, 19 Julai 2001

"Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Tokyo dalam pewujudan pasaran bon serantau?"

Ini ialah persoalan menarik yang akan dibangkitkan dalam satu sesi Bincang Petang yang dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) pada 26 Julai 2001.

Prof. Dr S Ghon Rhee, Pengarah Eksekutif Asia-Pacific Financial Markets Research Center, University of Hawaii akan menyampaikan tajuk berkenaan.

Prof. Dr. Rhee memegang K.J. Luke Chair of International Finance and Banking. Baru-baru ini beliau telah diberikan Anugerah Archimedes 2001 dari University of Catania (Sicily) dan Erasmus University (Netherlands) kerana sumbangan beliau kepada penyelidikan akademik mengenai pasaran modal Asia.

Prof. Ghon Rhee, dalam membincangkan peranan Jepun dalam pewujudan pasaran bon serantau, akan memperkatakan langkah pembaharuan pasaran modal yang telah diambil oleh ekonomi-ekonomi di rantau ini ketika dan selepas krisis kewangan Asia, apa yang harus dilakukan untuk menggalakkan dagangan bon serantau dan kesediaan pasaran bon tempatan bagi dagangan melepasi sempadan di rantau ini.

Tajuk ini adalah bertepatan dengan tumpuan yang diberikan oleh pasaran serantau terhadap bon sejak krisis kewangan. Perkembangan pasaran bon adalah memberansangkan berikutan langkah pelbagai pembaharuan dasar yang diambil oleh kebanyakan negara Asia untuk menangani kejatuhan pasaran ekuiti ketika krisis kewangan. Langkah-langkah pembaharuan tersebut termasuk menjalankan penyahkawalseliaan sistem perbankan, menyediakan infrastruktur bagi peluasan pasaran kewangan, memperkenalkan instrumen kewangan baru, dan mewujudkan rangka kerja perundangan yang lebih memudahcarakan.

Secara keseluruhan, bincang petang tersebut bertujuan menggalakkan pemahaman mengenai prospek perkembangan dan pertumbuhan pasaran bon Asia, serta implikasi perkembangan pasaran bon kepada para pelabur, penerbit korporat, perantara pasaran, bursa-bursa dan para pengawal selia.

Bincang petang ini akan memberi manfaat kepada para akademik, pelabur, pengamal pasaran, serta orang ramai yang ingin mendalami dengan lebih lanjut mengenai pasaran bon.

Bincang petang tersebut akan bermula pada pukul 5.30 petang di Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Pendaftaran masuk bagi sesi tersebut ialah RM80.00 setiap seorang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Rosma Abd Azid di talian 6204 8000, faks: 03-6201 5811 atau e-mel kepada [email protected]. Untuk maklumat lanjut mengenai program terkini, sila lawati laman web www.sc.com.my

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup