Butiran Lanjut Mengenai Inisiatif Pasaran Modal

Kuala Lumpur , 25 Mac 2008

Ekoran daripada pengumuman Perdana Menteri di Invest Malaysia mengenai kemas kini tiga papan di Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin memberikan maklumat lanjut mengenai cadangan tersebut seperti yang berikut:

Struktur Papan

Papan Utama dan Papan Kedua akan digabungkan menjadi satu papan yang seragam bagi syarikat-syarikat yang mempunyai rekod prestasi keuntungan yang telah kukuh, yang kriteria kelayakannya bagi penyenaraian berasaskan kepada kriteria Papan Kedua yang sedia ada. Pasaran MESDAQ akan diubah kepada sebuah pasaran pacuan penaja dan berkembang meliputi penyenaraian syarikat-syarikat baru yang berteknologi dan bukan berteknologi.

Sejajar dengan kemas kini terancang itu, satu pendekatan pengawalseliaan baru bagi penyenaraian dan penjanaan dana pada Papan seragam dan juga Pasaran MESDAQ akan diperkenalkan. Pendekatan baru ini akan memudahkan Penasihat Prinsipal dan Penaja membawa syarikat-syarikat untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dan bertanggungjawab bagi memastikan kualiti dan kesesuaian syarikat-syarikat untuk disenaraikan. Selain itu, bagi Pasaran MESDAQ, Penaja dikehendaki supaya memastikan pengawasan berterusan ke atas syarikat selepas penyenaraian.

SC akan mengalihkan fokusnya daripada menilai kesesuaian cadangan kepada memastikan kecukupan dan kualiti penzahiran dalam prospektus dengan memberikan penekanan terhadap tadbir urus korporat dan pertimbangan terhadap kepentingan orang ramai.

Langkah-langkah di atas, yang selaras dengan amalan antarabangsa, akan membawa kepada penjanaan dana dan persekitaran pengawalseliaan yang lebih bagi meningkatkan kedudukan Bursa Malaysia sebagai destinasi penyenaraian pilihan bagi syarikat-syarikat domestik dan menyediakan platform penyenaraian yang berdaya saing bagi syarikat-syarikat asing. Penggabungan Papan Utama dan Papan Kedua akan juga menghapuskan perbezaan syarikat berasaskan saiz dan memudahkan penilaian syarikat atas dasar kualiti perolehan.

SC akan meneruskan program pendidikannya bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan sikap berjaga-jaga pelabur.

Struktur papan yang dikemas kini, dengan pendekatan pengawalseliaan dan penyenaraian yang baru, akan dilaksanakan menjelang akhir tahun 2008.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup