Dato’ Sreesanthan, Peguam Selesai Pertuduhan SC bagi Dagangan Orang Dalam

21 Oktober 2021

Merujuk kepada rencana berita yang diterbitkan semalam, 20 Oktober 2021, mengenai "pembebasan" peguam kanan korporat atas kesalahan dagangan orang dalam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin menyatakan fakta-fakta berikut:
  1. Dato' Sreesanthan a/l Eliathamby (Sreesanthan), seorang peguam, telah bersetuju untuk membuat pembayaran sebanyak RM900,000 sebagai sebahagian daripada Persetujuan Penyelesaian Kawal Selia dengan SC atas kesalahan dagangan orang dalam bagi saham-saham Maxis Communications Bhd, UEM World Bhd dan VADS Bhd.
  2. Susulan penyelesaian ini, SC, dengan persetujuan Pendakwa Raya, telah menarik balik prosiding jenayah yang berkaitan dengan Sreesanthan, dan rayuan terhadap pembebasannya dalam kes lain atas kesalahan dagangan orang dalam bagi saham Sime Darby Bhd.
  3. Penyelesaian ini tidak mempengaruhi proses prosiding sivil yang masih berjalan terhadap Sreesanthan berhubung pemerolehan sebanyak 600,000 saham Worldwide Holdings Bhd antara bulan Jun dan Julai 2006, ketika memiliki maklumat material bukan awam. Dalam prosiding ini, Sreesanthan didapati bertanggungjawab oleh Mahkamah Tinggi pada 4 November 2020 dan diperintahkan untuk membuat pembayaran balik kepada SC sejumlah RM1,989,402, penalti sivil sebanyak RM1 juta dan dilarang daripada memegang jawatan sebagai pengarah syarikat tersenarai awam untuk tempoh selama 10 tahun, berkuat kuasa pada 18 November 2020. Sreesanthan telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan ini.
  4. Sreesanthan dikenakan pertuduhan pada bulan Julai 2012 atas kesalahan dagangan orang dalam yang melibatkan saham-saham Sime Darby, Maxis Communications, UEM World dan VADS antara Oktober 2006 dan September 2008, ketika dia merupakan rakan kongsi kanan firma guaman yang terlibat dalam pelaksanaan korporat syarikat-syarikat ini.
  5. Walaupun SC membuat pertuduhan terhadap Sreesanthan pada 2012, perbicaraan hanya dimulakan pada tahun 2019 kerana pada bulan September 2012, Sreesanthan telah mengemukakan permohonan untuk mencabar status keperlembagaan kuasa penyiasatan SC di bawah seksyen 128 dan 134 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993. Sreesanthan juga telah mengemukakan permohonan untuk membatalkan pertuduhan jenayah terhadapnya dan memohon pendedahan keterangan dan dokumen saksi.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup