Datuk Siti Hadzar Mohd Ismail Dilantik Sebagai Pengerusi Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia
23 Jun 2014   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Siti Hadzar Mohd Ismail sebagai Pengerusi Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM).

Pelantikan tersebut akan berkuat kuasa pada 24 Jun 2014, bagi tempoh selama dua tahun. Datuk Siti Hadzar, pengarah berkepentingan awam FIMM sejak 2011, mengambil alih jawatan Pengerusi daripada Encik Abdul Kadir Kassim.

Datuk Siti Hadzar memegang ijazah Ekonomi Analitik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam Ekonomi Pembangunan dari Williams College, US.

FIMM ditubuhkan pada tahun 1993 untuk membangunkan industri pengurusan pelaburan dan mempromosi unit amanah sebagai instrumen pilihan bagi pelaburan. Ia diperakui oleh SC sebagai Organisasi Swaatur pada tahun 2011.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup