Dua bekas pengarah dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana pecah amanah
22 September 2011   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati dua bekas pengarah Multicode Electronics Industries (M) Berhad, bersalah melakukan pecah amanah bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membabitkan lebih RM26 juta dana milik syarikat itu.

Gordon Toh Chun Toh dikenakan hukuman 12 tahun penjara manakala Dato’ Abul Hassan bin Mohamed Rashid menerima hukuman enam tahun penjara. Gordon Toh, warga Singapura, juga diperintahkan supaya membayar denda RM1 juta atau dua tahun penjara.

Ketika menjatuhi hukuman tersebut, Hakim Dato’ Jagjit Singh berkata “Saya menyimpulkan keseluruhan kes ini sebagai satu skandal kolar putih yang telah dirancang terlebih dahulu dan dilaksanakan dengan terperinci dalam T+3”. Beliau menekankan bahawa hukuman tersebut perlu membawa mesej yang kukuh kepada mereka yang melakukan kesalahan atau bakal melakukan kesalahan bahawa jenayah tidak membawa apa-apa kebaikan. Beliau juga menekankan bahawa mangsa dalam kes ini, iaitu Multicode, sebuah syarikat tersenarai awam, mengalami kerugian berjuta-juta ringgit akibat perbuatan tersebut, menyebabkan orang ramai yang menjadi pemegang sahamnya turut menanggung kerugian. Katanya, bagi sektor perniagaan dan komersial berkembang pesat, persekitaran korporat perlu bebas daripada jenayah kolar putih.

Gordon dan Dato’ Abul Hassan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada bulan Mac 2009 dengan tuduhan melakukan perbuatan menipu terhadap Multicode dengan menyebabkan peningkatan jumlah deposit tetap kepunyaan Multicode di bawah seksyen 87A Akta Perindustrian Sekuriti 1983. Satu tuduhan alternatif pecah amanah turut dikenakan pada masa yang sama bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan. Pihak pendakwa telah memanggil 31 saksi sepanjang tempoh perbicaraan tersebut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup