Yunus dan Ramly didenda setelah mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan bawah Section 9(1) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) kerana gagal mematuhi Peraturan 26.02 Peraturan Malaysian Central Depository Sdn Bhd. Peraturna tersebut menyatakan bahawa tiada siapa boleh menyimpan lebih daripada satu akaun CDS di mana-mana ejen depositori/syarikat broker saham.
Yunus mengaku bersalah terhadap dua kesalahan bawah bawah Seksyen 9(1) SICDA manakala Ramly mengaku bersalah kerana bersubahat dengan Yunus melakukan kedua-dua kesalahan tersebut.
Hakim Mohd. Zaki Bin Abdul Wahab mengenakan hukuman denda, masing-masing sebanyak RM10,000 bagi tuduhan pertama (atau dua bulan penjara) dan RM15,000 bagi tuduhan kedua (atau tiga bulan penjara).
Pendakwaan terhadap Yunus dan Ramly dimulakan pada tahun 2005 selepas mereka gagal membayar kompaun yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti.