Dua Didenda RM150,000 Kerana Melanggar Undang-Undang Sekuriti

Kuala Lumpur , 25 Mac 2008

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendenda Siti Mariam Berahim dan Dr Barjoyai Bardai kerana kesalahan yang dilakukan bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA). Kedua-dua mereka sebelum ini didapati bersalah oleh Mahkamah yang sama pada 13 Mac 2008.

Ketika menjatuhkan hukuman hari ini, Hakim Tuan Haji Akhtar Tahir mengenakan denda RM50,000 atau enam bulan penjara dan RM100,000 atau lapan bulan penjara masing-masing, ke atas Siti Mariam dan Dr. Barjoyai.

Siti Mariam, bekas ejen bebas Perdana Technology Ventures Sdn Bhd (PTV), disabitkan kesalahan bawah seksyen 15B SIA kerana bertindak sebagai wakil pengurus dana PTV tanpa lesen.

Manakala Dr Barjoyai Bardai, yang dituduh atas kapasitinya sebagai pengarah PTV, disabitkan kesalahan bawah seksyen 18(2) SIA, yang dibaca bersama dengan seksyen 122 Akta yang sama, kerana melanggar satu syarat lesen PTV dengan membenarkan Siti Mariam Berahim dan Nublan Zaky Yusoff untuk bertindak sebagai wakil pengurus dana tanpa lesen.

Siasatan Suruhanjaya Sekuriti (SC) mendapati bahawa Siti Mariam dan Nublan Zaky telah bertindak bagi pihak PTV dengan membuat pembentangan kepada orang ramai mengenai peluang pelaburan dan telah mengutip dana daripada orang ramai bagi tujuan melabur dengan PTV.

Nublan Zaky mengaku bersalah pada 23 September 2003 dan didenda sebanyak RM600,000. Jumlah ini kemudiannya dikurangkan kepada RM240,000 selepas rayuan dibuat.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup