Dua disabit kesalahan menipu UPA Corporation Berhad 
23 April 2010   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mensabitkan kesalahan ke atas Ashari Bin Rahmat dan Fauzi Bin Ibrahim bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu UPA Corporation Berhad.

Kedua-duanya mengaku bersalah semalam. Ashari, yang merupakan Pengurus Operasi Malaysian Issuing House pada masa tersebut, menipu UPA Corporation Berhad dengan menukarkan 80 permohonan yang berjaya dalam undian bagi satu tawaran awam awal dengan permohonan yang tidak melalui proses pengundian tersebut.

Penipuan yang dilakukan di antara 15 dan 16 Februari 1997 itu telah memperdaya UPA bagi mempercayai pemohon-pemohon berkenaan berjaya dalam pengundian tersebut dan dengan itu saham-saham tawaran awam awal itu telah diperuntukkan kepada mereka.

Fauzi pula telah memperdayakan UPA Corporation bagi mempercayai bahawa 80 pemohon telah memohon saham-saham IPO syarikat itu sedangkan sebenarnya Fauzi ialah pemilik yang mendapat keuntungan daripada semua permohonan itu. Penipuan tersebut telah menyebabkan UPA Corporation memperuntukkan saham-saham IPOnya kepada 80 pemohon yang berkenaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman satu hari penjara dan denda RM35,000 ke atas Ashari. Fauzi pula dijatuhi hukuman satu hari penjara dan denda 30,000. Hakim SM Komathy juga memerintahkan supaya hasil daripada jualan saham IPO itu sebanyak lebih daripada RM800,000 dirampas daripada Fauzi.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup