Dua Lagi Laman Web Pelaburan Tidak Sah Disekat, SC Terus Menyiasat

Kuala Lumpur, 22 Jun 2007

Suruhanjaya Sekuriti (SC), bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan CyberSecurity Malaysia (dahulu dikenali sebagai NISER), telah menyekat akses terhadap dua lagi laman web yang menawarkan skim pelaburan tidak sah kepada orang awam di Malaysia.

Ekoran daripada peringatannya kepada pelabur pada 31 Mei lalu mengenai tindakan tersebut dan dengan tindakannya yang terbaru ini, SC telah menyekat lapan laman web. Tindakan menyekat akses terhadap laman web tidak sah ini adalah merupakan tindakan yang berterusan, dengan banyak lagi laman web akan disekat pada masa terdekat berikutan siasatan berterusan yang dijalankan oleh SC.

Dua laman web yang disekat itu ialah:

  • www.danafutures.com
  • www.planet.time.net.my/KLCC/danafuture

SC akan mengambil semua langkah untuk memerangi penipuan pelaburan termasuk tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian terhadap pengusaha dan ejen laman web pelaburan tidak sah.

Pelabur yang terus menyertai pelaburan sebegini diingatkan supaya menarik keluar pelaburan mereka kerana mereka tidak akan boleh memasuki apabila akses ke laman-laman web tersebut disekat.

Orang ramai adalah diingatkan bahawa mereka hendaklah hanya melabur dengan pihak yang berlesen dengan SC agar mendapat perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang sekuriti. Senarai syarikat dan individu yang dilesenkan oleh SC untuk berurusan dalam aktiviti pelaburan juga boleh didapati di laman web SC.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya merujuk kepada “Soalan-soalan Lazim: Jangan Melabur Dalam Pelaburan Internet Tidak Sah”

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup