Firma Audit dan Juruaudit Didenda dan Dilarang Melakukan Kerja Pengauditan
19 Ogos 2019   |   Kuala Lumpur
Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mendenda dan melarang Chengco PLT dan rakan kongsi auditnya daripada menerima mana-mana entiti kepentingan awam (PIE) atau kumpulan wang jadual sebagai pelanggan dan mengaudit penyata kewangan mereka selama 12 bulan.

Firma audit berkenaan dan rakan kongsi auditnya didapati mempunyai pelbagai kes ketidakpatuhan terhadap piawaian pengauditan antarabangsa, yang ditemui dalam dua pemeriksaan yang dijalankan oleh AOB masing-masing pada 2016 dan 2018. AOB juga mendapati firma itu telah gagal melakukan pembetulan kepada pemerhatian berulang yang dikenal pasti ketika pemeriksaan pertama.

Oleh yang demikian, firma tersebut dan rakan kongsi auditnya, Hong Thuan Boon (Hong) dan Liew Kwai Choy (Liew), adalah dilarang daripada menerima mana-mana PIE atau kumpulan jadual sebagai pelanggan dan mengaudit penyata kewangan mereka selama 12 bulan. Firma tersebut didenda sebanyak RM175,000 manakala Hong didenda sebanyak RM57,000. Hong dan Liew merupakan masing-masing rakan kongsi tugasan audit dan penyemak kawalan kualiti tugasan audit. Seorang lagi rakan kongsi audit firma, Yap Peng Boon (Yap), juga didenda sebanyak RM44,000 kerana tidak mematuhi prosedur audit.

Firma tersebut, Hong, Liew dan Yap telah membuat rayuan kepada SC terhadap keputusan AOB. SC menolak rayuan tersebut dan mengesahkan tindakan AOB. Larangan terhadap firma, Hong dan Liew berkuat kuasa mulai 6 Ogos 2019.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup