Firma Audit dan Juruaudit Didenda dan Dilarang Menjalankan Kerja Pengauditan Selama Setahun
19 Oktober 2020   |   Kuala Lumpur

Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini mengumumkan bahawa firma audit, RSL PLT (RSL) dan rakan kongsi dilarang daripada menerima mana-mana entiti berkepentingan awam (PIE) atau kumpulan wang jadual sebagai pelanggan dan mengaudit mereka selama 12 bulan bermula 1 November 2020.

Dua rakan kongsi yang terlibat ialah Lim Lip Chin dan Lim Sang Chee. Sebagai tambahan kepada larangan tersebut, AOB juga mengenakan denda sebanyak RM175,000 ke atas RSL dan RM44,000 ke atas Lim Lip Chin.

Firma audit dan rakan kongsi auditnya didenda AOB kerana tidak mematuhi piawaian audit mengenai dasar audit dan asas prosedur ketika menjalankan kerja pengauditan syarikat awam tersenarai. Penemuan ini mempengaruhi perkara-perkara utama dalam penyata kewangan seperti pelaburan dalam syarikat bersekutu, kos pembangunan harta tanah, perdagangan dan belum terima, pendapatan dan kos dari kontrak pembinaan dan penyatuan kumpulan.

RSL dan rakan kongsi auditnya kemudian mengemukakan rayuan kepada SC terhadap keputusan AOB. Selepas dipertimbangkan, SC telah menolak rayuan tersebut dan mengesahkan keputusan AOB.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup