Fleksibiliti pembiayaan margin bagi peserta pasaran modal
26 Mac 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan bahawa ia telah meluluskan langkah tambahan oleh Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) untuk membantu peserta pasaran dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu dan mencabar ini.

Para broker, atas budi bicara mereka, tidak boleh membuat panggilan margin atau mengenakan pengurangan nilai ke atas apa-apa cagaran dan sekuriti yang dibeli dan dibawa ke dalam akaun margin. Mereka juga diberi kuasa untuk menggunakan budi bicara sama ada hendak mengenakan langkah-langkah jualan paksa ke atas pelanggan atau tidak. Sebelum ini, broker dikehendaki secara automatik mencairkan akaun margin pelanggan sekiranya ekuiti dalam akaun tersebut jatuh di bawah 130% daripada baki tertunggak.

SC juga telah meluluskan senarai dengan tambahan cagaran yang diterima bagi pembiayaan margin. Dengan kelonggaran ini, broker kini boleh menerima cagaran lain seperti bon, unit amanah, emas dan harta tak alih untuk mengekalkan akaun margin pelanggan mereka, dan menilai cagaran ini dengan sewajarnya.

Kesemua langkah di atas yang berkuat kuasa 27 Mac - 30 September 2020, adalah tertakluk kepada broker yang memenuhi nisbah kecukupan modal dan dana pemegang saham masing-masing seperti yang dikehendaki oleh Bursa Malaysia. Mereka juga diharapkan menggunakan budi bicara mengikut polisi risiko kredit masing-masing.

"Langkah ini akan membantu para broker untuk terus memberi tumpuan kepada perniagaan mereka dan membantu pelanggan mereka dalam tempoh ketidaktentuan dan ketidakpastian yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang disebabkan oleh kesan Covid-19 yang lebih meluas terhadap pasaran," kata Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar.

Sementara itu, untuk memudahcarakan pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), broker, peserta dagangan, peserta penjelasan dan ejen depositori yang diberi kuasa adalah digalakkan untuk menjalankan tempoh perkhidmatan kaunter yang lebih pendek kepada pelanggan mereka.

Butiran lanjut mengenai langkah tambahan ini akan diumumkan oleh Bursa Malaysia.

SC turut mengesahkan bahawa pasaran modal akan terus beroperasi seperti biasa, dalam waktu dagangan biasa, semasa tempoh MCO yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Semua peserta pasaran modal berlesen dan berdaftar dikehendaki tetap dibuka dan beroperasi selaras dengan objektif MCO untuk mengekang penularan Covid-19.

SC telah secara proaktif memantau perkembangan berkaitan Covid-19 di peringkat negara dan global untuk menilai impaknya dan akan terus menilai dan menyelaras tahap responsnya demi mengekalkan integriti pasaran.

Ia telah memperkenalkan pelbagai langkah untuk membantu para peserta pasaran modal mengurangkan potensi risiko yang timbul daripada ketidaktentuan dan ketidakpastian global yang semakin meningkat. Senarai penuh langkah-langkah boleh didapati di sini www.sc.com.my/covid-19.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup