Forum Penjanaan Dana Masyarakat Bagi Ekuiti Pertama di Malaysia bagi Membina Kesedaran Terhadap Saluran Penjanaan Dana Alternatif
19 September 2014   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menganjurkan forum Penjanaan Dana Masyarakat Bagi Ekuiti yang pertama di Malaysia, menghimpunkan lebih 600 usahawan dan pelabur untuk mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai potensi penjanaan dana masyarakat bagi ekuiti sebagai saluran alternatif untuk menjana modal.

Forum Synergi dan Penjanaan Dana Masyarakat itu dianjurkan bersama oleh SC dan Malaysian Business Angel Network (MBAN) dari 19 hingga 20 September, dengan mengetengahkan pemimpin pemikir yang terkemuka dalam Penjanaan Dana Masyarakat, termasuk Jason Best, yang memainkan peranan penting dalam bersama-sama mewujudkan kerangka pelaburan Penjanaan Dana Masyarakat di Amerika Syarikat, serta pemimpin perniagaan serantau dalam arena permulaan, bersama rakan-rakan sejawatan setempat. 

SC baru-baru ini telah mengeluarkan kertas rundingan awam dalam rangka kerja pengawalseliaan bagi penjanaan dana masyarakat bagi ekuiti dan dijangka mengumumkan kerangka pengawalseliaan itu tidak lama lagi. SC menganggap saluran pembiayaan alternatif, seperti penjanaan dana masyarakat bagi ekuiti, sebagai sebuah struktur berasaskan pasaran yang penting dan berinovatif untuk memudahkan pertumbuhan perusahaan kecil baru, yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Forum pada hari pertama telah menarik ramai pelabur, pelabur tidak formal, usahawan, syarikat permulaan, ahli akademik dan pelajar, yang mendapat pemahaman daripada para penceramah terkemuka tersebut mengenai landskap penjanaan modal masa depan dan mekanisme mengembangkan perniagaan dalam era digital atau Web 2.0 dengan lebih aktiviti dalam talian.

Hari kedua forum itu esok akan mengadakan bengkel untuk pelabur dan usahawan. Jurulatih terpilih dari MBAN akan mengendalikan bengkel tentang bagaimana untuk menjadi pelabur tidak formal. Serentak dengan itu, satu bengkel penjanaan dana masyarakat bagi usahawan akan turut dijalankan. Bengkel ini khusus melatih mereka mengenai bagaimana melaksanakan kempen penjanaan dana masyarakat bagi ekuiti yang baik bagi memaksimumkan peluang mendapatkan pelaburan yang diperlukan untuk perniagaan mereka.

Rakan strategik lain di forum ini termasuklah The Edge Malaysia, Cradle Fund, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), pitchIN, Crowdonomic dan StartupMalaysia.org.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup