Garis Panduan Baru SC Memberikan Warga Malaysia Akses Langsung kepada Dana Islam DIFC

Kuala Lumpur, 29 Jun 2007

Dari 1 Julai 2007, dana Islam Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) boleh disalurkan terus ke Malaysia dan dengan itu menawarkan kepada pelabur akses terhadap pelbagai dana yang terdapat dalam bidang kuasanya. Langkah penting ini di diperbolehkan melalui garis panduan baru Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang berkuat kuasa pada tarikh tersebut bagi memudahcarakan penawaran, pemasaran dan pengedaran dana asing terus ke Malaysia.

Dalam garis panduan ini, dana daripada atau yang tersenarai dalam bidang kuasa yang diiktiraf, misalannya bidang kuasa asing yang diiktiraf oleh SC di bawah garis panduan untuk mengedarkan dana di Malaysia, kini boleh ditawarkan secara langsung di Malaysia. DIFC menjadi bidang kuasa pertama yang diiktiraf hasil daripada penandatanganan peraturan pengiktirafan bersama di antara SC dan Dubai Financial Services Authority pada 27 Mac 2007.

Senarai bidang kuasa yang diiktiraf akan terus berkembang dengan penandatanganan peraturan pengiktirafan bersama pada masa akan datang oleh SC. Sebelum ini, pelabur tempatan perlu melabur dalam dana feeder di Malaysia bagi mendapatkan pendedahan kepada dana asing.

Garis panduan baru ini melengkapi inisiatif liberalisasi dua hala yang ditetapkan dalam peraturan pengiktirafan bersama, yang juga akan memberikan manfaat kepada syarikat pengurusan unit amanah tempatan. Peraturan pengiktirafan bersama ini juga membolehkan dana pembuatan (manufactured funds) Malaysia ditawarkan dan diedarkan dalam bidang kuasa yang diiktiraf.

Selain itu, garis panduan ini mempunyai peruntukan terhadap kelayakan, kewajipan dan tanggungjawab pengedar dana tempatan dalam pemasaran dan pengedaran dana asing kepada pelabur Malaysia.

Dana asing didefinisikan sebagai skim pelaburan kolektif yang dibentuk atau ditubuhkan dalam bidang kuasa lain selain Malaysia dan mengandungi, antara lain, dana unit amanah atau dana bersama runcit, amanah pelaburan hartanah atau dana swasta, sama ada yang tidak tersenarai atau yang tersenarai di sesuatu bursa.

Garis panduan bagi penawaran, pemasaran dan pengedaran dana asing di Malaysia boleh di dapati di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup