Garis panduan ini dilihat sebagai satu kejayaan besar kerana ia menyediakan buat pertama kalinya di Malaysia, satu set garis panduan yang muktamad tentang bagaimana hendak menanda rujuk fungsi audit dalaman yang berlatarbelakangkan amalan terbaik dan tahap audit dalaman yang diterima di peringkat antarabangsa. Ia juga menyediakan panduan bagaimana jawatankuasa audit boleh menilai keberkesanan fungsi audit dalaman mereka.
"Pengenalan garis panduan ini sudah pastinya merupakan peristiwa penting dalam usaha kita untuk mempertingkatkan tahap tadbir urus di Malaysia," kata Pengerusi SC, Datuk Ali Abdul Kadir.
Guidelines on Internal Audit Function akan membantu lembaga pengarah syarikat awam tersenarai untuk memenuhi amalan terbaik berkaitan fungsi audit dalaman dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia.
"Dengan menyediakan lembaga-lembaga syarikat awam tersenarai bantuan yang diperlukan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan efektif berkaitan fungsi audit dalaman, garis panduan ini akan menyumbang ke arah tahap tadbir urus yang lebih tinggi dalam negara ini," kata Datuk Ali.
Bawah Keperluan Penyenaraian BSKL, ahli lembaga syarikat awam tersenarai perlu menzahirkan sejauh mana pematuhan mereka kepada Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dalam laporan tahunan mereka, yang mana ini termasuk hal-hal berkaitan fungsi audit dalaman.
Sebagai langkah lanjut, BSKL sedang menimbangkan agar garis panduan ini dikuatkuasakan, dalam Keperluan Penyenaraian mereka.
IIA Malaysia merupakan sekretariat kepada Pasukan petugas bagi Guidelines of Internal Audit Function di mana ia telah ditubuhkan pada tahun 2001. SC telah memberikan
kerjasama dalam inisiatif yang dipacu oleh industri ini dengan memberikan bantuan kewangan berjumlah RM50,000 bagi merumuskan garis panduan ini. Pasukan petugas ini dipengerusikan oleh Dr. Abdul Samad Alias, Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).
"Saya berpuas hati dengan kerja pasukan petugas dan IIA Malaysia. Komitmen yang ditunjukkan dalam pembentukan garis panduan ini sememangnya patut dipuji," kata Datuk Ali.
Untuk memastikan garis panduan ini menyeluruh, pasukan petugas ini tidak hanya terdiri daripada pengamal audit dalaman dan Ketua Juruaudit Negara Malaysia tetapi juga wakil daripada Jabatan Ketua Akauntan Negara, Persekutuan Syarikat-syarikat Awam Tersenarai, serta ahli akademik. SC dan BSKL juga turut serta dalam pasukan petugas sebagai pemerhati.
Garis panduan ini boleh didapati di ibu pejabat IIA Malaysia pada harga RM25 setiap satu.
Pertanyaan berkenaan garis panduan ini boleh ditujukan kepada:
Institut Juruaudit Dalaman Malaysia
160-3-3, Kompleks Maluri
Jalan Jejaka
Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
E-mel:
[email protected]No tel: 03-9282 1148
No faks: 03-9282 1241
Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) dan IIA Malaysia akan menganjurkan seminar untuk memberitahu pengarah-pengarah syarikat awam tersenarai mengenai kewujudan garis panduan ini.