Garis panduan pematuhan syarikat pengurusan dana disemak semula bagi penjagaan lanjut kepentingan pelabur
23 Mei 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan versi semakan semula Garis Panduan Fungsi Pematuhan bagi Pengurus Dana (Garis Panduan) bagi meningkatkan perlindungan aset pelanggan dan selanjutnya memelihara kepentingan pelabur dalam beberapa bidang.

Ketelusan dan profesionalisme ditingkatkan menerusi peraturan bagi syarikat pengurusan dana mengemukakan ciri-ciri unik produk pelaburan, contohnya derivatif dan ekuiti persendirian, kepada pelanggan mereka. Selain itu, syarikat pengurusan dana perlu menyedarkan pelanggan mereka mengenai risiko yang ada pada pelaburan tersebut, termasuk kecairan dan pembahagian pemilikan. Mereka perlu menyediakan kemas kini suku tahunan prestasi portfolio setiap pelanggan mengikut tanda aras yang betul dan sebarang perubahan dalam risiko selepas itu serta kemungkinan impak risiko tersebut ke atas pelaburan pelanggan. Syarikat pengurusan dana juga kini dilarang secara khusus daripada mencadangkan, atau melaburkan dana pelanggan, dalam produk yang mereka sendiri tidak faham sepenuhnya dari segi struktur mekanisme meletakkan harga dan jenis aset sandaran (jika ada).

Kebertanggungjawaban dipelihara dengan menetapkan bahawa jika syarikat pengurusan dana mewakilkan fungsi kerjanya, semua tanggungjawab dan kewajipan kepada pelanggan mesti sentiasa terletak pada syarikat pengurusan dana yang dilantik oleh pelanggan. Beberapa bidang yang dilarang mewakilkan kerja turut dinyatakan, termasuk melakukan pemprofilan risiko pelanggan, mencadangkan dasar pelaburan dan melaporkan portfolio pelanggan bawah pengurusan.

Perlindungan aset pelanggan ditingkatkan melalui penjelasan bahawa hanya institusi kewangan asing yang diberikan kebenaran untuk memberikan perkhidmatan penjagaan dalam bidang kuasa di tempat mereka boleh dilantik sebagai penjaga.

Semakan semula Garis Panduan itu turut memperkenalkan 11 prinsip teras yang perlu didukung oleh syarikat pengurusan dana dan wakil mereka dalam melaksanakan perniagaan mereka. Daripada integriti, kemahiran, konflik kepentingan, budaya pematuhan dan perlindungan aset pelanggan, prinsip-prinsip teras disasarkan ke arah menggalakkan budaya pematuhan, profesionalisme, standard etika dan tingkah laku yang bertanggungjawab di kalangan syarikat pengurusan dana, wakil dan kakitangan mereka.

Garis panduan semakan itu, bersama dengan satu set soalan lazim, boleh dilayari di www.sc.com.my.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup