Hanya mesyuarat agung secara maya akan dijalankan di negeri yang tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
13 Oktober 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini mengeluarkan kemas kini kepada Guidance Note on the Conduct of General Meetings for Listed Issuers (Nota Panduan mengenai Tatalaku Mesyuarat Agung untuk Penerbit Tersenarai) (Nota Panduan) selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa di Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 13 hingga 27 Oktober 2020. Nota Panduan tersebut menyatakan bahawa mesyuarat agung yang dijalankan di negeri atau daerah di bawah PKPB hanya akan dijalankan secara maya sepenuhnya, di mana semua pemegang saham akan mengambil bahagian dalam mesyuarat secara dalam talian.

Nota Panduan ini diguna pakai untuk semua penerbit yang disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Nota Panduan yang boleh dimuat turun dari https://www.sc.com.my/regulation/corporate-governance dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada [email protected].
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup