Hari pertama dagangan bagi Tahun 2000 berjalan lancar

Kuala Lumpur, 3 Januari 2000

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengumumkan bahawa pasaran ekuiti dan niaga hadapan telah menjalani hari pertama dagangan bagi Tahun 2000 (Y2K) tanpa sebarang gangguan sistem komputer.

Institusi-institusi pasaran modal telah melaporkan kepada SC bahawa sistem misi kritikal mereka telah berfungsi seperti biasa pada hari pertama dagangan. Tiada gangguan yang berkaitan Y2K dilaporkan di kalangan perantara pasaran modal sehingga pukul 5.00 petang tadi. Walau bagaimanapun, SC akan terus mengawasi keadaan dengan teliti melalui Pusat Komunikasi Y2K (YCC) SC.

SC ingin memuji usaha bersepadu institusi dan perantara pasaran modal yang telah bersungguh-sungguh mengambil langkah berhati-hati yang diperlukan dan menjalankan kerja-kerja pemulihan bagi memastikan peralihan yang lancar ke Tahun 2000.

Bagi pertanyaan berhubung Y2K, orang ramai boleh menghubungi YCC SC yang akan terus beroperasi sehingga pukul 5.00 petang, 4 Januari 2000.

Tel : 603-6548906 / 8909 atau 03-6515542
Faks : 603-6515181 / 6533472
E-mel : [email protected] ATAU
[email protected]

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup